Wednesday, May 11, 2016

Throwback~Falsafah Pengajaran

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entri kali ni nak undur balik kepada Falsafah Pengajaran saya. Agak lost..terlupa perlu ada falsafah pengajaran dalam blog ni...huhu.

Tidak pernah terluah sekali pun falsafah pengajaran walaupun selama hampir empat tahun sebagai pendidik. Tapi sentiasa berpegang kepada satu ayat ini "sampaikanlah ilmu walau sekecil mana pun".

Telah ditakdirkan menjadi seorang pensyarah fizik di sebuah kolej swasta yang tidak berbekalkan pengalaman yang banyak tidak menghalang saya untuk menyampaikan ilmu, cuba terbaik untuk mendidik pelajar-pelajar.

Bermula dengan bidang terjun, lama-lama menjadi satu minat dan kepuasan sebagai seorang pengajar. Walau apa pun, sampaikanlah ilmu walau sekecil mana pun.

Sekian.
Gambar Hiasan

Tuesday, March 29, 2016

Thinking Based Learning



Satu lagi perkara baharu yang saya pelajari pada kuliah minggu ke-5 iaitu Thinking Based Learning (TBL). Apabila pertama kali mendengar TBL, saya berfikir adakah TBL ada kaitan dengan Higher Order Thinking?

Seperti PBL, TBL juga menggunakan graphic organiser sebagai alat membantu pelajar untuk berfikir. TBL terdiri daripada tiga komponen iaitu thinking skill, habit of mind dan metacognition.

Agak menarik, nampak seperti senang tetapi sebenarnya agak sukar.  Think about thinking, agak berkerut jugak kening saya untuk mengerah akal berfikir. Tugasan yang diberikan ialah mencirikan secara deductively Taxonomy Bloom, mengelaskan setiap katagori dan menjelaskan ciri-ciri setiap item. Dengan menggunakan template yang telah disediakan oleh Dr Nurul... lebih senang dan tersusun.

Setelah mengetahui serba sedikt mengenai TBL, saya rasakan TBL agak menarik dan ingin dijadikan satu innovasi untuk saya mengaplikasi di dalam kelas. Saya juga terfikir untuk membuat TBL dalam tugasan lesson plan nanti. Cuma masih terfikir akan topik lesson plan. Let's try!

That's all, thank you.

Wednesday, March 23, 2016

New experience! New knowledge!



Tak sempat nak update blog setiap minggu, so kali ni saya nak update secara overall apa yang telah saya perolehi sepanjang 3 minggu lecture Technology & Innovation.

What is PBL? Disebabkan saya bukanlah guru sekolah, makanya kurang pendedahan tentang isu-isu sistem pelajaran di Malaysia kini. Ini merupakan perkara baharu bagi saya untuk mengetahui tentang PBL.

Apa yang saya fahami, PBL merupakan kaedah pembelajaran yang menggalakkan pelajar untuk berfikir ke aras yang lebih tinggi, secara independent. Guru memainkan peranan sebagai moderator atau fasilator. PBL juga dapat memupuk kemahiran berkumpulan dan berkomunikasi dalam kalangan pelajar.

Pada kuliah minggu ke-3, saya telah didedahkan dengan satu soalan berbentuk PBL. Soalan situasi dalam dialog, memerlukan saya dan ahli kumpulan untuk mencari fakta yang terkandung dalam soalan tersebut, seterusnya memerlukan kami untuk memikirkan learning issues dan idea-idea. Setelah itu, kami perlu menyatakan pelan tindakan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Segala maklumat dan langkah penyelesaian di buat dalam FILA chart.

FILA Chart kumpulan saya

Perbincangan Action Plan

Pada kuliah minggu ke-4 pula, saya dan ahli kumpulan diberikan tugas untuk mereka bentuk sendiri soalan PBL. Tugasan agak sukar, kami mengambil masa agak lama untuk menyiapkan. Ini merupakan perkara menyebabkan saya agak buntu untuk memikir topik fizik yang bersesuaian dan membina situasi masalah. Walaupun berjaya membentangkan satu masalah PBL hasil daripada perbincangan, namun saya rasa masih banyak kelemahan yang perlu di baiki, segala komen yang diberikan oleh Dr Nurulhuda menambahkan lagi kefahaman saya.

Apa yang boleh katakan, PBL sangat menarik...ini pengalaman dan pengetahuan baru kepada saya!

Sekian.

Monday, March 7, 2016

Salam Perkenalan

            Asslamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Pertama sekali, saya ingin perkenalkan diri saya, saya, Nor Aini Husain berasal dari Kelantan dan merupakan tenaga pengajar di sebuah kolej swasta iaitu Ranaco Education and Training Institute, di Kemaman Terengganu. Saya yakin ramai di kalangan rakan-rakan sekelas belum mengenali saya memandangkan saya, boleh dikatakan pelajar paling senior berbanding yang lain. Namun senior hanya lah pada perkiraan, tapi dari segi pengalaman, saya masih baru dan mentah.
         Alhamdulillah, hari ini baru berpeluang untuk memulakan blog, ini lah pertama kali saya ber'blogger'!Kelewatan memulakan blog ini disebabkan oleh kekangan masa dan komitmen terhadap kerja, susah nak mencuri masa untuk berblog...
        Sebelum menangguh pengajian saya pada tahun lepas (masalah kesihatan), saya telah pn mendaftar subjek SFP6024 Technology and Innovation in Teaching and Learning Physic, Kelas Dr. Nurulhuda Abd Rahman, namun hanya sempat masuk kelas pada minggu pertama sahaja. Pada ketika itu, saya rasakan subjek ini sangat menarik dan berguna untuk saya pelajari. Dan pada semester ini saya menyambung semula perjuangan untuk menghabiskan master saya. Untuk subjek ini apa yang saya harapkan adalah semoga saya dapat dalami dan mengenalpasti kepelbagaian teknologi komunikasi dan inovasi dalam pembelajaran fizik.
        Akhir sekali, dari jauh saya datang...perjalanan hampir 5 jam yang berliku-liku dilalui setiap minggu, dengan penuh harapan semoga dipermudahkan usaha saya ini.. 


sekian.