Wednesday, March 23, 2016

New experience! New knowledge!



Tak sempat nak update blog setiap minggu, so kali ni saya nak update secara overall apa yang telah saya perolehi sepanjang 3 minggu lecture Technology & Innovation.

What is PBL? Disebabkan saya bukanlah guru sekolah, makanya kurang pendedahan tentang isu-isu sistem pelajaran di Malaysia kini. Ini merupakan perkara baharu bagi saya untuk mengetahui tentang PBL.

Apa yang saya fahami, PBL merupakan kaedah pembelajaran yang menggalakkan pelajar untuk berfikir ke aras yang lebih tinggi, secara independent. Guru memainkan peranan sebagai moderator atau fasilator. PBL juga dapat memupuk kemahiran berkumpulan dan berkomunikasi dalam kalangan pelajar.

Pada kuliah minggu ke-3, saya telah didedahkan dengan satu soalan berbentuk PBL. Soalan situasi dalam dialog, memerlukan saya dan ahli kumpulan untuk mencari fakta yang terkandung dalam soalan tersebut, seterusnya memerlukan kami untuk memikirkan learning issues dan idea-idea. Setelah itu, kami perlu menyatakan pelan tindakan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Segala maklumat dan langkah penyelesaian di buat dalam FILA chart.

FILA Chart kumpulan saya

Perbincangan Action Plan

Pada kuliah minggu ke-4 pula, saya dan ahli kumpulan diberikan tugas untuk mereka bentuk sendiri soalan PBL. Tugasan agak sukar, kami mengambil masa agak lama untuk menyiapkan. Ini merupakan perkara menyebabkan saya agak buntu untuk memikir topik fizik yang bersesuaian dan membina situasi masalah. Walaupun berjaya membentangkan satu masalah PBL hasil daripada perbincangan, namun saya rasa masih banyak kelemahan yang perlu di baiki, segala komen yang diberikan oleh Dr Nurulhuda menambahkan lagi kefahaman saya.

Apa yang boleh katakan, PBL sangat menarik...ini pengalaman dan pengetahuan baru kepada saya!

Sekian.

2 comments:

  1. Memanglah PBL ni terbaaeeek, dah seronok, kita senang nak gunakan sebagai strategi mengajar. rasa budak2 boleh terima strategi ni.

    ReplyDelete
  2. Strategi pembelajaran pada saye amat penting selagi mane kite adalah sebagai seorang pendidik(tenaga pengajar).Untuk menyampaikan ilmu bukan mudah bagi memastikan pelajar yang di ajar faham dengan ape yang guru ajar.Jika guru itu merupakan 4flet student tp tak pandai menyampaikan juga susah mak die perlu menggunakan strategi pengajaran yg sesuai

    ReplyDelete