Monday, March 7, 2016

Salam Perkenalan

            Asslamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Pertama sekali, saya ingin perkenalkan diri saya, saya, Nor Aini Husain berasal dari Kelantan dan merupakan tenaga pengajar di sebuah kolej swasta iaitu Ranaco Education and Training Institute, di Kemaman Terengganu. Saya yakin ramai di kalangan rakan-rakan sekelas belum mengenali saya memandangkan saya, boleh dikatakan pelajar paling senior berbanding yang lain. Namun senior hanya lah pada perkiraan, tapi dari segi pengalaman, saya masih baru dan mentah.
         Alhamdulillah, hari ini baru berpeluang untuk memulakan blog, ini lah pertama kali saya ber'blogger'!Kelewatan memulakan blog ini disebabkan oleh kekangan masa dan komitmen terhadap kerja, susah nak mencuri masa untuk berblog...
        Sebelum menangguh pengajian saya pada tahun lepas (masalah kesihatan), saya telah pn mendaftar subjek SFP6024 Technology and Innovation in Teaching and Learning Physic, Kelas Dr. Nurulhuda Abd Rahman, namun hanya sempat masuk kelas pada minggu pertama sahaja. Pada ketika itu, saya rasakan subjek ini sangat menarik dan berguna untuk saya pelajari. Dan pada semester ini saya menyambung semula perjuangan untuk menghabiskan master saya. Untuk subjek ini apa yang saya harapkan adalah semoga saya dapat dalami dan mengenalpasti kepelbagaian teknologi komunikasi dan inovasi dalam pembelajaran fizik.
        Akhir sekali, dari jauh saya datang...perjalanan hampir 5 jam yang berliku-liku dilalui setiap minggu, dengan penuh harapan semoga dipermudahkan usaha saya ini.. 


sekian.

No comments:

Post a Comment